PKB FORMULA RACING TEAM telah menyertai perlumbaan Educational Innovation of Motorsports and Automotive Race 2009 ( EIMARace ) anjuran Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) International Campus pada 24 hingga 25 julai bertempat di Litar Dato' Sagor, Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak.. - Dianggotai seramai 15 orang pelajar dari kursus Diploma Automotif Diesel bersama 2 buah jentera beserta 4 orang pensyarah pengiring iaitu En. Azli Syam, En. Suhaimi, En. Sukiman dan En. Shamsudin. - Pertandingan kali ini disertai oleh 12 buah jentera mewakili pasukan-pasukan institusi pengajian tinggi lain. Selain PKB, politeknik lain yang turut menyertai adalah Politeknik Shah Alam dan Politeknik Seberang Prai masing-masing juga dengan 2 buah jentera menjadikan 6 jentera mewakili politeknik. - Di akhir perlumbaan, jentera no. 13 PKB Formula Racing Team telah berjaga memduduki tempat ketiga di belakang jentera no. 15 Universiti Putra Malaysia di tempat kedua dan jentera no.7 Universiti Industri Selangor di tempat pertama. - Sementara itu jentera no. 14 PKB Formula Racing Team hanya menduduki tempat ke-9 setelah mengalami sedikit masalah teknikal di pertengahan perlumbaan. -Dengan mendapat tempat ke-3, Poiteknik Kota Bharu adalah satu-satu jentera dari pasukan Politeknik yang berjaya menamatkan perlumbaan. - Sebagai pasukan di tempat ke-3 keseluruhan, PKB Formula Racing Team membawa pulang wang tunai RM 1500.00 beserta trofi.
Pasukan ini dibarisi oleh pelajar di dalam bidang Kejuruteraan Automotif Diesel di Politeknik Kota Bharu.Pasukan ini terdiri dari 15 orang pelajar dan diselaras oleh empat orang pensyarah Kejuruteraan Mekanikal.
No comments:
Post a Comment