Monday, August 17, 2009

Projek Eima Race 2009

Projek Eima Race 2009 adalah satu peluang yang telah diberikan oleh pensyarah dan juga warga Politeknik Kota Bharu kepada segelintir pelajar yang mana mereka ini telah dipilih berdasarkan kriteria-kriteria dan juga pengalaman dalam pengubahsuaian kenderaan bermotor. Seramai 14 orang pelajar telah dipilih bagi menjayakan Projek Eima Race ini. Disamping itu pelajar ini semua terpaksa berkorban masa cuti semester selama 2bulan untuk berada di politeknik ini bagi menyiapkan projek yang telah diamanahkan.



Penyelaras bagi projek kali ini adalah pensyarah yang berpengalaman dalam bidang automotif iaitu En. Azli Syam B. Awang. Beliau turut dibantu oleh 4 orang lagi pensyarah yang berpengalaman iaitu En Mohammad B. Hitam@Yahaya , En Shamsuddin B. Abdullah , En Ahmad Suhaimi B. Arshad dan En Sukiman B. Muhammad.

Objektif projek ini adalah ;

-memberi pengetahuan kepada pelajar tentang cara-cara membina sebuah kereta lumba mini.

-memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kemahiran yang dimiliki.

-menghasilkan suatu hasil kerja yang bermutu.


No comments:

Members Of PKB-Apontez Formula Racing Team